elektrokardiogram

sejak semalam
aku makin kerap bersin bersin
mula rasa gatal gatal kat tekak
mula rasa muka aku blushing selalu
sangat tidak menyelesakan

tak, bukan nak merungut
ni mungkin ujian
ataupun akibat tak jaga kesihatan


atau mungkin sebenarnya aku terkejut
gara gara peristiwa berdarah
yang sedang melanda tempat aku belajar sekarang
iye lah, semua orang terkejut
masing-masing sedang cuba sesuaikan diri
mudah mudahan semuanya kembali seperti kebiasaan
atau mungkin juga lebih baik lagi

hari peperiksaan kami sudah makin hampir
26 hari dan menghitung. hehe
tapi, lebih hampir daripada itu,
hari cuti raya cina kami. hikhik
lusa dah mula cuti.
malangnya aku dah tempah tiket lewat sehari daripada sepatutnya
maksud aku, sepatutnya, esok dah boleh balik.
ah..aku patut guna khamis itu untuk meronggeng menelaah ilmu

situasi aku sekarang, kalau boleh digambarkan dengan graf AP,
rasa rasanya dekat bahagian ke-4 kot
-hyperpolarisation
lebih teruk lagi daripada itu, barangkali!
kalau EKG, fasa Q dan fasa S.
lagi teruk kalau fasa R untuk aVR

inilah contoh ECG normal. baru belajar tadi. jujur, aku tak faham sepenuhnya pun. *sedih* kertas ni namanya elektrokardiogram. mesin yang cetak kertas ni keluar namanya elektrokardiograf. prosedur yang dilakukan untuk menghasilkan kertas ini namanya elektrokardiografi.

maksud aku, kondisi aku sekarang dah boleh cecah tahap kritikal, tahu
tak boleh bayangkan aku jawab soalan ekjam
aku rasa apa yang aku tahu hanya 30% daripada apa yang aku patut tahu.

sudahlah, cakap banyak pun tak guna.
baik aku pergi mandi dan kemudian cuci baju
lusa mahu pulang :)
kali pertama menaiki burung besi
moga kami selamat. amin..

ps Oh sebenarnya aku terselitkan kisah ECG, makanya, tajuk yang aku letak kemudian itu, aku namakan elektrokardiogram. maaf.

2 comments on "elektrokardiogram

repa said...

klu grafnya lurus??hehe..^^V

syah said...

kalau AP - resting potential
kalau ECG - isoelectric

hehe. rasanya betul. wallahu'alam :)