![]() |
| gambar-gambar ni bukan aku punya. |
di sini, aku punya sorang sahabat.
yang bersahabat dengan sahabatnya,
di Rusia.
tak. maksud aku, sahabatnya di sana.
dia di sini, sama macam aku.
heeee :D
teringat,
dulu, aku punya sorang kawan.
kami panggil dia cuya.
nama sebenar beliau, suria.
dia comel, macam suria :)
*sila jangan persoalkan.
masa tu, kami buat asasi.
tapi, dia dapat offer.
offer terbang, pergi Rusia.
aku? macam tu je lah. hehe.
malam tu, aku tidur awal,
keletihan barangkali.
siang sebelumnya,
cuya kata, dia balik esok siang.
tapi, malam tu dia datang.
"nak balik," katanya.
dalam mamai,
aku pun tak ingat apa aku buat.
keesokan paginya, aku bangun,
dengan satu perasaan - terkilan.
terkilan, yang amat sangat.
sekarang, aku taktahu khabar dia.
kali terakhir, sebelum dia terbang lagi.
dah lama, lama sangat.
semoga dia baik-baik saja.


No comments on "cuya
Post a Comment