hujan di hati

Bismillah



Hari ni agak terkejut bila bukak emel, ada beberapa curhat yang dibaca.
subhanallah! hebat dugaan Allah turunkan buat sahabat-sahabatku.
pada hemat aku, sahabat-sahabatku itu bukanlah orang biasa-biasa. pasti orang yang hebat, makanya diberi ujian yang hebat.

kalaulah dibandingkan dengan aku ni... allahu allah~

tak tahu nak explain macam mana apa yang aku rasa sekarang ni.
yet i feel something, i can feel it. sehinggakan menitis air mata.
but i don't know how to express it, how to share it.

all i can do for u is to listen. ceritalah sepanjang selebar sedalam mana pun, insyaa Allah aku boleh terus mendengar.
but to give advice, hontouni sumimasen, i just dont know what to say. 

ayat cinta dari Sang Pencinta:

imageWahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

tetaplah bertahan, ya sahabah wa sahabiah. :)
 

10 muwasofat tarbiyyah :)


like like this vid! <3

muwasofat tarbiyyah : kriteria orang yang telah melalui proses didikan (?) hee

1. Qawiyyul jism (sihat tubuh badan)
2. Salimul aqidah (aqidah yang sejahtera)
3. Matinul khuluq (akhlak yang mantap)
4. Qadiran ala kasbi (mampu berdikari)
5. Mutasaqqatal fikri (berpengetahuan luas)
6. Mujahadah ala nafsi (mampu melawan nafsu)
7. Munazzamun fii syuunihi (tersusun dalam urusan)
8. Sahihul ibadah (ibadah yang betul)
9. Haarithun ala waqtihi (menjaga waktu)
10. Nafiun li ghairihi (bermanfaat kepada orang lain)

cuba check balik. dah ada ke kesepuluh ciri ni ?? dush!


dai'e berjiwa BESAR


berkata aku kepada aku:

apa kamu rasa bila orang tolak dakwah kamu?
geram?
marah?
sedih?
kecewa?

kamu tahu,
Rasulullah dulu ditentang hampir seisi negerinya?
sedang bapa saudaranya mencacinya, tetangganya membencinya.
dipukul, diherdik, dipulau, dihina, dituduh, apa lagi perisa yang takde? lengkap!
pernah Rasulullah putus asa?
tidak!
malah baginda sentiasa sabar malah balas kejahatan dengan kebaikan lagi.

tapi kita? allahu allah~
ditolak sedikit rasa tawar hati
dimarah sedikit rasa kecil hati

pernah tak kita fikir? barangkali, masalah dalam perihal dakwah itu sebenarnya berpunca dari sang dai'e itu sendiri, bukan mad'unya sahaja!

ayuh! tingkatkan amal! bersihkan hati! kentalkan jiwa! agar segenap sanubari tak sunyi dari hidayah-Nya.

awak pun tahu kan, jalan dakwah ni sumpanh paaaaaaaaaanjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang~~

so, jadilah dai'e berjiwa BESAR! :)

bagaimana caranya? BERLAPANG DADA :)

bagaimana? HUSNUZZHON :)

Allah menilai usaha hamba-Nya, bukan natijahnya. ganbatte! insyaa ALLAH.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman."
[Ali Imraan : 139]




When you’re hurt by people who share the same blood as you, then just remember Yusuf (AS), who was betrayed by his own brothers.

If you find your parents opposing you, remember Ibrahim (AS), whose father led him to the fire.

If you’re stuck with a problem where there’s no way out, remember Yunus (AS), stuck in the belly of a whale.

If you’re ill & your body cries with pain, remember Ayoob (AS) who was more ill than you.

When someone slanders you, remember Ai’sha (RA) who was slandered throughout the city.

When you’re lonely, recall Aadam (AS) who was created alone.

When you can’t see any logic around you, think of Nuh (AS) who built an ark without questioning.

If you are mocked by your own relatives then think of Prophet Muhammad (SAW).

Allah (SWT) put these Prophets to trial, so that later generations may LEARN a lesson of patience & perseverance.

bawalah hati dan cintamu walau ke mana kamu pergi, itu pun kalau kamu punya hati dan cinta.

bismillah
alhamdulillah, selesai sudah ujian kecekapan kelas khat.
alhamdulillah, dapat siapkan dalam tempoh masa yg ditetapkan.
alhamdulillah, saya sedar sesuatu. walaupun saya sangat ego untuk mengaku.

allah, aku membaca tetapi tidak membaca.
membaca tapi tanpa hati dan perasaan.
astaghfirullah~
jujurnya, sangat sedih saat tersedar.
kehilangan satu perkataan tu buat aku sedar bahawa hati aku lesu. SANGAT!

astaghfirullah..kesalahan dalam menulis kalamullah. walaupun dah baca banyak kali. dah check banyak kali, langsung tak perasan. astaghfirullah. O Allah, grant me a heart :'(

4 November 2012 , 19 Zulhijjah 1433

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ni hari yang panjang.
Alhamdulillah, siapa sangka, dalam banyak2 minit yang ada dalam hari ni, beberapa minit yang lalu dah jadi satu PUNCHLINE ek orang kata? atau KLIMAKS untuk hari ni.

Hari-hari memikirkan benda yang sama, dok buat benda yang sama, sampai hati dan akal jadi lesu -___-

Tapi tapi tapi..segala puji bagi Allah, hari ni diizinkan jugak pergi usrah walaupun clash dengan briefing. Walaupun datang sekejap sangat (orang dah habis bagi pengisian). Kami sempat taaruf je dan buat sikit muhasabah. Tapi ada sesuatu yang mencelikkan mata.

(Semasa sesi taaruf)

Nama saya ....... course ........ asal ......
Err....hari ni saya datang usrah bawak..err..serius ke nak tau ni? *sambil selongkar beg* hmm..bawak telekung, buku, alat tulis.. erm, tu je kut.


Sampai turn seorang sahabat,

Nama ....... course ..... asal .......
Datang sini bawa diri dan hati ..... memang ada bawak barang2 lain yang org nampak tapi orang tak nampak kita bawa hati ke sini.
Sangat terasa apabila Kak sebut "most people, they react, but they do not respond"

*saya terkesima. sempitnya fikiran saya. lesunya hati saya :'(*

ps : sanah helwah kak fika :)



hati aku yang mana satu?

seorang sahabat saya pernah berkata, terdapat 4 jenis hati. saya analogikan dengan 'Sebuah botol berisi air yang kotor' -sila manfaatkan daya imaginasi anda sekarang!^^

1. Hati yang SAKIT.
- Sebuah botol berisi air yang kotor apabila dituangkan air yang bersih, airnya tetap kotor. Maknanya, air yang bersih tadi langsung tak beri apa-apa kesan.

2. Hati yang TERTUTUP.
- Sebuah botol berisi air yang kotor dan botolnya ditutup. Apabila dituangkan air bersih, air bersih itu tidak masuk walau sedikit pun ke dalam botol tadi. Secara logik akal, dah confirm lah air kotor tu takkan jadi bersih kann.

3. Hati yang BOLEH MENERIMA KEBENARAN TETAPI MASIH BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT.
- Sebuah botol berisi air yang kotor dan botolnya berlubang. Apabila dituangkan air yang bersih, air bersih tu keluar ikut lubang. Bocor lah kiranya.

4. Hati yang SUCI :)
- Sebuah botol berisi air yang KOTOR apabila dituangkan air BERSIH, maka keseluruhan air menjadi BERSIH. Itulah hati yang suci. :) Maknanya kat sini, hati yang suci tu bukanlah hati yang tak pernah melakukan kesilapan. Tetapi yang mampu menerima kebenaran dan sentiasa bertaubat apabila melakukan dosa.
Jadi, JOM kita buru hati yang suci ini.

Allahua'lam.

andai ada salah sila betulkan. jzkk.
 

menjaga hati.

dalam menyusuri hari-hari dalam hidup,
pasti ada dugaannya, cabarannya, masalahnya.

pada saya, masalah yang paling berat adalah masalah hati.
susahnya nak jaga pandangan. susah lagi nak jaga hati.
susahnya nak jaga hati orang, susah lagi nak jaga hati sendiri.

jadi, perlu selalu luruskan niat,
supaya hati kita jelas.
supaya hati kita terjaga.

sebab apa nak jaga hati?
sebab...
 
rasulullah saw pernah bersabda : jika baik seketul daging dalam badan seseorang itu, maka baiklah ia, itulah hati.

nampak tak korelasi dia kat situ? hewhew.

selamat menjaga hati. :)

kuatlah, wahai hati.

berbolak-balik

gua rasa macam kena tampar.
gua boleh ade masa nak benci kat orang lain.
gua boleh ade masa nak kutuk orang lain.
tapi gua liat nak luangkan masa untuk buat benda-benda berfaedah.
nampak sangat hati gua kotor.

lagi buat gua rasa kena tampar,
apabila orang yang gua benci sebenarnya lebih suci hati dia.
sekurang-kurangnya, dia improved.
daripada gua?

hai. sampai bila lah.
gua harap, ramadhan ni bukanlah "just another fasting month"
gua harap, gua improved jugak,
paling gua harap, LILLAAHI TA'ALA.
semoga Allah redha.

untuk antum,
RAMADHAN KAREEM ! :D

*jgn jd mcm gua.

when you want to sigh, but you have to smile, just smile :)

apabila masalah datang bertimpa-timpa. sedang peperiksaan akhir semakin hampir. buat pertama kali aku tak boleh tidur dan rasa serabut sangat-sangat. serius semalam kepala aku memang pening asyik terfikir perkara yang lepas. Ya Allaah..ini baru sedikit. tabahkan hati hamba-Mu ini, permudahkanlah segala-galanya. jangan kau biarkan kami menentukan takdir kami sendiri biarpun hanya untuk sesaat. amin...

ps: tumpang gembira dgn kejayaan abang-abang dan kakak-kakak senior yang alhamdulillah, kini dah bergelar doktor. baru sahaja menamatkan pengajian. seronoknya depa. :) students lain mostly dah habis final exam. nampak ramai parents datang amek anak, pegi stesen bas semalam pun ramai gila orang nak balik dah. kami di sini, insyaAllah akan teruskan perjuangan. semoga Allah redha.

i need You forever.

In the name of Allah, the most gracious, the most merciful.

For now, and the next few years, study is always my priority.

-this is something what I'm telling myself after what I've gone through for the recent few days. 

O Allah, guide me, and give me all the strength I need.

Seek knowledge for the sake of Allah's redha, insyaAllah.
Be a doctor for ummah, a good one, insyaAllah.
Never let other people or the surroundings bring you down. You know, you always have Allah to rely on.
Allah's decision is always the best. Trust Him more than anything. Love Him more than anything.

second chance

salam alayk.

entri kali ini agak berbaur hemosi
sikit la, siket je, tak banyak
kerana hal ini perihal hati
-hati manusia
yang dipegang oleh Dia

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

biasalah, hati manuia sentiasa berbolak-balik.
macam hati aku juga. hehe

kau pernah tak, rasa seperti diberi peluang kedua?
alah, macam mana nak perincikan ni.
hmmmmmm...

macam ni lah, aku pernah tak suka seseorang ni
kemudian, aku fikir-fikir semula,
dan dinasihati pula oleh seorang sahabat supaya membuang itu perasaan jauh-jauh
dan, aku pun tahu, sangat tidak wajar membenci seseorang
benci perbuatan je dah lah kannn.
makanya, kini saya telah membuat keputusan untuk memaafkan beliau,
dan terus melangkah tanpa mempedulikan beliau dan benci itu lagi.
walaupun beliau merupakan batch-mate saya, dan desa-mate juga, maka selalu akan bertembung dan sebagainya, saya HARUS mengajar hati saya untuk tidak membenci.
dan tadi, betul-betul menguji saya...
beliau jalan di belakang saya dan saya dengar suara beliau, lepas tu naik lif pun sekali, hailaaaa..saya bukan nak kata apa, tapi saya masih rasa tak suka pada beliau.
TAPI SAYA AKAN CUBA UNTUK KURANGKAN RASA ITU DAN AKHIRNYA BUANG RASA ITU.
jyeahhh..sila doakan saya berjaya. >_______<

oh ya, kesinambungan daripada itu,
saya terasa seperti hati saya diketuk oleh Dia
untuk kembali menyucikan hati
ecece

orang kata, bukan selalu peuang kedua tu nak datang
dan, kalau Dia dah ketuk pintu hati tu, jgn buat tak tahu je.
kena geraaabb. huehue


pintu hati diketuk sekali lagi
"jemputlah masuk :)"
 

rapuh


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri-Mu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada-Mu


hope

jangan pernah putus harapan. sebab Allah kan ada ;)
masa berlalu tapi saya tiada update.
sering kebuntuan.

Salam alayk, selamat datang, Rejab :)

pejam celik beberapa kali, dah masuk Rejab
pantasnya masa berlalu
semput gua nak kejar 'dia' yang dah pecut meninggalkan gua terkapai-kapai
ibarat layang-layang hampir putus talinya.
tapi tak mengapa, akan kucuba sehabis mampuku.

niat di hati mahu mencoret rasa hati
dalam sebuah diari
tapi baru kusedari
aku mana ada diari
-_________-

Straight to the point, 
begini kisahnya,
kau pernah tak rasa kadang-kadang apa yang kau dapat tu sebenarnya kau tak layak pun untuk dapatkan?
tapi, disebabkan itu memang rezeki kau, maka kau pun terimalah dengan hati terbuka.
*dalam situasi ni, kena terima jugak tak kira apa pun yang kau rasa*
contohnya kau belajar pun malas-malas, tuptup lulus cemerlang A+++.

lagi, pernah tak kau rasa orang lain [baca:kawan kau sendiri] sebenarnya lebih layak untuk dapatkan apa yang kau dah dapat tu?
tapi, disebabkan rezeki dia masih belum sampai, maka dia pun tak dapatlah pada ketika itu.
contohnya, kawan kau ni rajin gegile baban setadi, kau pulak asyik main je. 
keluar result exam, kau A+, kawan kau yang rajin tahap apatah tu luluiih pun idak?


aku pernah rasa
cuma situasinya agak berbeza
aku nak sangat tolong dia
tapi tak mampu lakukan banyak
hanya mampu doakan sahaja setakat ni

kau tahu tak, setiap kali pun aku akan rasa bersalah
sebab tak usaha sungguh-sungguh
lepas tu Tuhan bagi rezeki melimpah ruah
lepas tu tak sedarkan diri
lepas tu ulang lagi kesilapan yang sama
lagi dan lagi dan lagi

sekarang, tinggal 50 hari je lagi
dan aku tiba-tiba berharap wujudnya mesin masa
untuk aku pulang ke 2 minggu lepas
untuk aku lakukan permulaan yang baik

tapi tak mengapa, esok masih ada dengan izin Tuhan
akan kucuba menjadikan esok sebagai satu titik mula yang BENAR-BENAR memberi impak kepada kehidupan aku di sini dan di sana [baca:akhirat] nanti.


aku benar-benar berharap, semua pelajar MedDen khususnya, terutamanya muslim lulus cemerlang dalam Peperiksaan Ikhtisas 1 nanti. amin~

gua nak berjaya, tapi gua taknak berjaya sorang-sorang beb.


berat nanang.

aku ada masalah besar. masalah yang terlalu besar sampai aku sendiri taktahu nak kata macam mana.

sebab aku sendiri tak faham punca masalah ni. kenapa boleh jadi macam ni? tensi kau tahu bila fikir lama-lama.

konsekuensi daripada masalah ni, timbul pula masalah-masalah lain. yang merumitkan hidup aku. senang jadi susah. mudah jadi payah.

haish. aku lebih berani nak cakap dengan senior daripada bercakap dengan budak batch sendiri.

ARGH. kenapalah aku selalu rasa dia macam nak marah aku? memang dia nak marah aku ke?

maybe i should have developed better comm skill. -.-

rojak : anak

salam alayk.
banyak benda boleh terjadi dalam tempoh sekelip masa.
betul. serius. tak tipu. :D

happened to being introduced (can't find the right word actually) to a third year senior.
and happened to know that she's married!
marriage at young age is not the issue here.
[just mention that because it triggers me to write this :)]

ok, marriage, having own family, blablabla is very common, yes?
kebanyakan orang sudah/akan melaluinya.
but i always have this in my mind :
IF, one fine day, insyaAllah, I have my own family, how would I manage it?

to have a family is easy.
but to have a good family (baitul muslim)
to create a harmony atmosphere in that family (baiti jannati)
*pardon me if i make a mistake in using the terms. saya budak baru belajar. kalau sudi, kindly, correct me if i'm wrong. :)

suatu hari, di sebuah pasaraya terkemuka,
"Budak-budak sekarang ni, mengada-ngada." Pau.
"Betul. Kita dulu senyap je. Takut nak mintak-mintak. Haih. Macam manalah kita nak didik anak kita nanti." Aku.
haha. bukan main lagi.

serius, kadang aku terfikir,
kalau besok (insyaAllah) aku dah jadi doktor,
kerja dengan gomen pulak,
mesti busy berhabis kan.
ada ke masa aku nak masak untuk anak-anak
hantar anak pergi sekolah,
tidurkan anak,
senang ceritanya, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
*kahkahkah*

dengan teknologi yang makin pelik-pelik sekarang ni,
camne nak ajar anak yang mana betul, yang mana salah.
adodododoi.

nak didik anak aku dengan cara aku dididik?
tak boleh brother.
saidina Umar al-Khattab pernah berkata,
didik anak mengikut peredaran zaman.
lebih kurang macam itu lah. wallahua'lam
tapi, al-Quran dan sunnah tetap jadi panduan lah.

hilal asyraf selalu kata,
nak menikah tu mudah,
tapi berumahtangga tu tak semudah ABC.
(lebih kurang begitulah maksudnya)

*ini baru cerita anak, belum suami lagi. ~.~

ps Lepas dah taip-taip ni semua, macam pointless pun ada juga. -.-
pss Kejap lagi dah nak pulang ke kampus. Haih. Kenapalah cuti singkat sangat? T_T

pssssss Apa-apa pun, kau, aku, dia, semua lah, moga berbahagia di dunia dan di syurga. :)

elektrokardiogram

sejak semalam
aku makin kerap bersin bersin
mula rasa gatal gatal kat tekak
mula rasa muka aku blushing selalu
sangat tidak menyelesakan

tak, bukan nak merungut
ni mungkin ujian
ataupun akibat tak jaga kesihatan


atau mungkin sebenarnya aku terkejut
gara gara peristiwa berdarah
yang sedang melanda tempat aku belajar sekarang
iye lah, semua orang terkejut
masing-masing sedang cuba sesuaikan diri
mudah mudahan semuanya kembali seperti kebiasaan
atau mungkin juga lebih baik lagi

hari peperiksaan kami sudah makin hampir
26 hari dan menghitung. hehe
tapi, lebih hampir daripada itu,
hari cuti raya cina kami. hikhik
lusa dah mula cuti.
malangnya aku dah tempah tiket lewat sehari daripada sepatutnya
maksud aku, sepatutnya, esok dah boleh balik.
ah..aku patut guna khamis itu untuk meronggeng menelaah ilmu

situasi aku sekarang, kalau boleh digambarkan dengan graf AP,
rasa rasanya dekat bahagian ke-4 kot
-hyperpolarisation
lebih teruk lagi daripada itu, barangkali!
kalau EKG, fasa Q dan fasa S.
lagi teruk kalau fasa R untuk aVR

inilah contoh ECG normal. baru belajar tadi. jujur, aku tak faham sepenuhnya pun. *sedih* kertas ni namanya elektrokardiogram. mesin yang cetak kertas ni keluar namanya elektrokardiograf. prosedur yang dilakukan untuk menghasilkan kertas ini namanya elektrokardiografi.

maksud aku, kondisi aku sekarang dah boleh cecah tahap kritikal, tahu
tak boleh bayangkan aku jawab soalan ekjam
aku rasa apa yang aku tahu hanya 30% daripada apa yang aku patut tahu.

sudahlah, cakap banyak pun tak guna.
baik aku pergi mandi dan kemudian cuci baju
lusa mahu pulang :)
kali pertama menaiki burung besi
moga kami selamat. amin..

ps Oh sebenarnya aku terselitkan kisah ECG, makanya, tajuk yang aku letak kemudian itu, aku namakan elektrokardiogram. maaf.

that awkward moment

pernah tak? dalam persahabatan, kau rasa kekok. dengan sahabat kau sendiri, yang selama ni macam biasa-biasa je? apa kau patut buat? buat macam biasa? macam aku. aku pun taktahu lah, apa yang aku buat ni, salah ke betul? betul ke salah? aku sebenarnya kasihankan dia. tapi kadang-kadang, bengang juga. haihh.




apa-apa pun, aku bersyukur sangat sebab ada orang sudi berkawan dengan aku. thank Allah for those awesome friends. sebenarnya, sangat kagum dengan manusia yang mampu bear perangai aku. terima kasih sahabat! :)



cuya

gambar-gambar ni bukan aku punya.


di sini, aku punya sorang sahabat.
yang bersahabat dengan sahabatnya,
di Rusia.
tak. maksud aku, sahabatnya di sana.
dia di sini, sama macam aku.
heeee :D

teringat,

dulu, aku punya sorang kawan.
kami panggil dia cuya.
nama sebenar beliau, suria.
dia comel, macam suria :)
*sila jangan persoalkan.

masa tu, kami buat asasi.
tapi, dia dapat offer.
offer terbang, pergi Rusia.
aku? macam tu je lah. hehe.


malam tu, aku tidur awal,
keletihan barangkali.
siang sebelumnya,
cuya kata, dia balik esok siang.
tapi, malam tu dia datang.
"nak balik," katanya.
dalam mamai,
aku pun tak ingat apa aku buat.
keesokan paginya, aku bangun,
dengan satu perasaan - terkilan.
terkilan, yang amat sangat.

sekarang, aku taktahu khabar dia.
kali terakhir, sebelum dia terbang lagi.
dah lama, lama sangat.
semoga dia baik-baik saja.