seorang
sahabat saya pernah berkata, terdapat 4 jenis hati. saya analogikan
dengan 'Sebuah botol berisi air yang kotor' -sila manfaatkan daya
imaginasi anda sekarang!^^
1. Hati yang SAKIT.
- Sebuah
botol berisi air yang kotor apabila dituangkan air yang bersih, airnya
tetap kotor. Maknanya, air yang bersih tadi langsung tak beri apa-apa
kesan.
2. Hati yang TERTUTUP.
- Sebuah botol berisi air
yang kotor dan botolnya ditutup. Apabila dituangkan air bersih, air
bersih itu tidak masuk walau sedikit pun ke dalam botol tadi. Secara
logik akal, dah confirm lah air kotor tu takkan jadi bersih kann.
3. Hati yang BOLEH MENERIMA KEBENARAN TETAPI MASIH BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT.
- Sebuah botol berisi air yang kotor dan botolnya berlubang. Apabila
dituangkan air yang bersih, air bersih tu keluar ikut lubang. Bocor lah
kiranya.
4. Hati yang SUCI :)
- Sebuah botol berisi air
yang KOTOR apabila dituangkan air BERSIH, maka keseluruhan air menjadi
BERSIH. Itulah hati yang suci. :) Maknanya kat sini, hati yang suci tu
bukanlah hati yang tak pernah melakukan kesilapan. Tetapi yang mampu
menerima kebenaran dan sentiasa bertaubat apabila melakukan dosa.
Jadi, JOM kita buru hati yang suci ini.
Allahua'lam.
andai ada salah sila betulkan. jzkk.
No comments on "hati aku yang mana satu?
Post a Comment