hati aku yang mana satu?

seorang sahabat saya pernah berkata, terdapat 4 jenis hati. saya analogikan dengan 'Sebuah botol berisi air yang kotor' -sila manfaatkan daya imaginasi anda sekarang!^^

1. Hati yang SAKIT.
- Sebuah botol berisi air yang kotor apabila dituangkan air yang bersih, airnya tetap kotor. Maknanya, air yang bersih tadi langsung tak beri apa-apa kesan.

2. Hati yang TERTUTUP.
- Sebuah botol berisi air yang kotor dan botolnya ditutup. Apabila dituangkan air bersih, air bersih itu tidak masuk walau sedikit pun ke dalam botol tadi. Secara logik akal, dah confirm lah air kotor tu takkan jadi bersih kann.

3. Hati yang BOLEH MENERIMA KEBENARAN TETAPI MASIH BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT.
- Sebuah botol berisi air yang kotor dan botolnya berlubang. Apabila dituangkan air yang bersih, air bersih tu keluar ikut lubang. Bocor lah kiranya.

4. Hati yang SUCI :)
- Sebuah botol berisi air yang KOTOR apabila dituangkan air BERSIH, maka keseluruhan air menjadi BERSIH. Itulah hati yang suci. :) Maknanya kat sini, hati yang suci tu bukanlah hati yang tak pernah melakukan kesilapan. Tetapi yang mampu menerima kebenaran dan sentiasa bertaubat apabila melakukan dosa.
Jadi, JOM kita buru hati yang suci ini.

Allahua'lam.

andai ada salah sila betulkan. jzkk.
 

menjaga hati.

dalam menyusuri hari-hari dalam hidup,
pasti ada dugaannya, cabarannya, masalahnya.

pada saya, masalah yang paling berat adalah masalah hati.
susahnya nak jaga pandangan. susah lagi nak jaga hati.
susahnya nak jaga hati orang, susah lagi nak jaga hati sendiri.

jadi, perlu selalu luruskan niat,
supaya hati kita jelas.
supaya hati kita terjaga.

sebab apa nak jaga hati?
sebab...
 
rasulullah saw pernah bersabda : jika baik seketul daging dalam badan seseorang itu, maka baiklah ia, itulah hati.

nampak tak korelasi dia kat situ? hewhew.

selamat menjaga hati. :)

kuatlah, wahai hati.