rojak : anak

salam alayk.
banyak benda boleh terjadi dalam tempoh sekelip masa.
betul. serius. tak tipu. :D

happened to being introduced (can't find the right word actually) to a third year senior.
and happened to know that she's married!
marriage at young age is not the issue here.
[just mention that because it triggers me to write this :)]

ok, marriage, having own family, blablabla is very common, yes?
kebanyakan orang sudah/akan melaluinya.
but i always have this in my mind :
IF, one fine day, insyaAllah, I have my own family, how would I manage it?

to have a family is easy.
but to have a good family (baitul muslim)
to create a harmony atmosphere in that family (baiti jannati)
*pardon me if i make a mistake in using the terms. saya budak baru belajar. kalau sudi, kindly, correct me if i'm wrong. :)

suatu hari, di sebuah pasaraya terkemuka,
"Budak-budak sekarang ni, mengada-ngada." Pau.
"Betul. Kita dulu senyap je. Takut nak mintak-mintak. Haih. Macam manalah kita nak didik anak kita nanti." Aku.
haha. bukan main lagi.

serius, kadang aku terfikir,
kalau besok (insyaAllah) aku dah jadi doktor,
kerja dengan gomen pulak,
mesti busy berhabis kan.
ada ke masa aku nak masak untuk anak-anak
hantar anak pergi sekolah,
tidurkan anak,
senang ceritanya, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
*kahkahkah*

dengan teknologi yang makin pelik-pelik sekarang ni,
camne nak ajar anak yang mana betul, yang mana salah.
adodododoi.

nak didik anak aku dengan cara aku dididik?
tak boleh brother.
saidina Umar al-Khattab pernah berkata,
didik anak mengikut peredaran zaman.
lebih kurang macam itu lah. wallahua'lam
tapi, al-Quran dan sunnah tetap jadi panduan lah.

hilal asyraf selalu kata,
nak menikah tu mudah,
tapi berumahtangga tu tak semudah ABC.
(lebih kurang begitulah maksudnya)

*ini baru cerita anak, belum suami lagi. ~.~

ps Lepas dah taip-taip ni semua, macam pointless pun ada juga. -.-
pss Kejap lagi dah nak pulang ke kampus. Haih. Kenapalah cuti singkat sangat? T_T

pssssss Apa-apa pun, kau, aku, dia, semua lah, moga berbahagia di dunia dan di syurga. :)

elektrokardiogram

sejak semalam
aku makin kerap bersin bersin
mula rasa gatal gatal kat tekak
mula rasa muka aku blushing selalu
sangat tidak menyelesakan

tak, bukan nak merungut
ni mungkin ujian
ataupun akibat tak jaga kesihatan


atau mungkin sebenarnya aku terkejut
gara gara peristiwa berdarah
yang sedang melanda tempat aku belajar sekarang
iye lah, semua orang terkejut
masing-masing sedang cuba sesuaikan diri
mudah mudahan semuanya kembali seperti kebiasaan
atau mungkin juga lebih baik lagi

hari peperiksaan kami sudah makin hampir
26 hari dan menghitung. hehe
tapi, lebih hampir daripada itu,
hari cuti raya cina kami. hikhik
lusa dah mula cuti.
malangnya aku dah tempah tiket lewat sehari daripada sepatutnya
maksud aku, sepatutnya, esok dah boleh balik.
ah..aku patut guna khamis itu untuk meronggeng menelaah ilmu

situasi aku sekarang, kalau boleh digambarkan dengan graf AP,
rasa rasanya dekat bahagian ke-4 kot
-hyperpolarisation
lebih teruk lagi daripada itu, barangkali!
kalau EKG, fasa Q dan fasa S.
lagi teruk kalau fasa R untuk aVR

inilah contoh ECG normal. baru belajar tadi. jujur, aku tak faham sepenuhnya pun. *sedih* kertas ni namanya elektrokardiogram. mesin yang cetak kertas ni keluar namanya elektrokardiograf. prosedur yang dilakukan untuk menghasilkan kertas ini namanya elektrokardiografi.

maksud aku, kondisi aku sekarang dah boleh cecah tahap kritikal, tahu
tak boleh bayangkan aku jawab soalan ekjam
aku rasa apa yang aku tahu hanya 30% daripada apa yang aku patut tahu.

sudahlah, cakap banyak pun tak guna.
baik aku pergi mandi dan kemudian cuci baju
lusa mahu pulang :)
kali pertama menaiki burung besi
moga kami selamat. amin..

ps Oh sebenarnya aku terselitkan kisah ECG, makanya, tajuk yang aku letak kemudian itu, aku namakan elektrokardiogram. maaf.

that awkward moment

pernah tak? dalam persahabatan, kau rasa kekok. dengan sahabat kau sendiri, yang selama ni macam biasa-biasa je? apa kau patut buat? buat macam biasa? macam aku. aku pun taktahu lah, apa yang aku buat ni, salah ke betul? betul ke salah? aku sebenarnya kasihankan dia. tapi kadang-kadang, bengang juga. haihh.




apa-apa pun, aku bersyukur sangat sebab ada orang sudi berkawan dengan aku. thank Allah for those awesome friends. sebenarnya, sangat kagum dengan manusia yang mampu bear perangai aku. terima kasih sahabat! :)



cuya

gambar-gambar ni bukan aku punya.


di sini, aku punya sorang sahabat.
yang bersahabat dengan sahabatnya,
di Rusia.
tak. maksud aku, sahabatnya di sana.
dia di sini, sama macam aku.
heeee :D

teringat,

dulu, aku punya sorang kawan.
kami panggil dia cuya.
nama sebenar beliau, suria.
dia comel, macam suria :)
*sila jangan persoalkan.

masa tu, kami buat asasi.
tapi, dia dapat offer.
offer terbang, pergi Rusia.
aku? macam tu je lah. hehe.


malam tu, aku tidur awal,
keletihan barangkali.
siang sebelumnya,
cuya kata, dia balik esok siang.
tapi, malam tu dia datang.
"nak balik," katanya.
dalam mamai,
aku pun tak ingat apa aku buat.
keesokan paginya, aku bangun,
dengan satu perasaan - terkilan.
terkilan, yang amat sangat.

sekarang, aku taktahu khabar dia.
kali terakhir, sebelum dia terbang lagi.
dah lama, lama sangat.
semoga dia baik-baik saja.