mati itu pasti. hidup, dengan izin-Nya.

saat menerima khabar itu, aku tersentak.

iya lah. siapa duga, remaja yang lebih muda daripada aku telah dijemput Ilahi. mengejut.

aku percaya, itu yang terbaik untuknya. sebaik-baik perancangan adalah rancangan Allah.

kematiannya buat aku sedar. kita hidup atas dunia ni sebagai persinggahan je. untuk cari bekal secukupnya sebelum ke destinasi kita yang sebenarnya di akhirat kelak. manusia selalu lupa. aku manusia. aku selalu lupa. kadang-kadang terlalu leka dengan dunia, langsung lupa. jiwa ni pun agaknya dah berkarat diselaput penyakit wahn - cinta dunia dan takut mati.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : Orang yang paling bijak adalah mu'min yang paling mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapi kematian.
ajal maut di tangan Tuhan. setiap yang bernyawa pasti mati. kita pasti mati. cuma tempat dan ketikanya sahaja yang kita tak tahu.

maka, marilah kita sama-sama jadi orang yang bijak. hidup di dunia ni terlalu singkat kalau nak banding kat akhirat nanti.

aku nak cakap kat diri sendiri : syah, hang bawak-bawak lah bertaubat sebelum terlambat.

ps/ takziah buat keluarga arwah. al-Fatihah. moga beliau aman di sana. amin~

No comments on "mati itu pasti. hidup, dengan izin-Nya.