buka matamu. buka hatimu.

alhamdulillah. beberapa hari lepas dah habes baca [tunas] sambung pulak dengan aA+bB karya hlovate. macam biasa tulisannya tak pernah menghampakan.

Leiden : A memoir.         
aku tak reti tulis review. just wanna say that aku suka watak Aie. aku supersuka watak Benz selepas dia berubah.

Addin is keras kepala yet cute :)
Aie is gentle and sweet :)
Benz is annoying yet romantic :)
and, Doraemon is soo funny. haha.
Dora is err.. takyah lah bagitahu.

buku ini sangatsangat sweet terlebih gula plus madu. kalau anda suka cerita shweet shweet, i would suggest this one. :)

***

alhamdulillah, pagi tadi start baca Ked's Story dan malam tadi jugak habes baca. serius best :) tu je nak cakap.

***

apa yang saya dapat hasil pembacaan saya :
*oh, sekema gila, kan? haha. dah macam isi buku nilam je gayanya.

  I - dont judge people just based on their appearance. never look down at people. never belittle others as they might be as good as you, or even better.

II - no coupling before marriage. relationship must end with marriage. kalau sebelum kahwin lagi dah buat Allah murka, takut-takut lepas kahwin susah nak dapat bahagia.

III -  di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. tapi, walau kat mana kita berada, syariat jangan tinggal.

IV - semua orang sentiasa boleh berubah ke arah kebaikan. tinggal nak dengan taknak je.

V - kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita nak, Allah ambil apa yang kita sayang, semuanya bersebab. bukan saje-saje je. think positive. Allah tak pernah tinggalkan kita. senyum :)

VI - freinds are to valued. ladies are to be valued, as well. kalau kita nak yang baik, kita kena beri yang baik. give and take la bro. tapi, bila kita buat baik, kita tak boleh nak apply chemical equilibrium punye teori. reverse=forward reaction. erti hidup pada memberi. :)

mati itu pasti. hidup, dengan izin-Nya.

saat menerima khabar itu, aku tersentak.

iya lah. siapa duga, remaja yang lebih muda daripada aku telah dijemput Ilahi. mengejut.

aku percaya, itu yang terbaik untuknya. sebaik-baik perancangan adalah rancangan Allah.

kematiannya buat aku sedar. kita hidup atas dunia ni sebagai persinggahan je. untuk cari bekal secukupnya sebelum ke destinasi kita yang sebenarnya di akhirat kelak. manusia selalu lupa. aku manusia. aku selalu lupa. kadang-kadang terlalu leka dengan dunia, langsung lupa. jiwa ni pun agaknya dah berkarat diselaput penyakit wahn - cinta dunia dan takut mati.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : Orang yang paling bijak adalah mu'min yang paling mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapi kematian.
ajal maut di tangan Tuhan. setiap yang bernyawa pasti mati. kita pasti mati. cuma tempat dan ketikanya sahaja yang kita tak tahu.

maka, marilah kita sama-sama jadi orang yang bijak. hidup di dunia ni terlalu singkat kalau nak banding kat akhirat nanti.

aku nak cakap kat diri sendiri : syah, hang bawak-bawak lah bertaubat sebelum terlambat.

ps/ takziah buat keluarga arwah. al-Fatihah. moga beliau aman di sana. amin~

ceritera tanpa nama.

Jam menunjukkan tepat jam dua belas pagi.

“Uaaarghhh..” Letihnya. Daripada jam sembilan malam tadi kalut menyiapkan assignment. “Alhamdulillah, siap jugak akhirnya. Boleh lah aku tidur sekarang.” Sengih dikoyak.

“Kau taknak tidur lagi ke Shin?”


Geleng. “Nope. Sikit lagi tutorial ni. Kau tidur lah dulu. Aku stay up kot malam ni. Nak revise lecture notes lagi.”

“’Kay, then.” Iman menuju katilnya. Lampu bilik tidak ditutup. Memang dia sudah biasa tidur berterang. Sebabnya Iman selalunya tidur lebih awal berbanding Shin. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Iman menengadah siling. Kelihatan kipas berpusing. Iman mula memikirkan kembali apa yang telah berlaku sepanjang hari ni. Tiba-tiba dia teringat “Eh, hari ni belum check emel lagi.”

Iman bingkas bangun menuju meja belajarnya.


“Aik, kata nak tidur? Dreamwalking? “ Shin menegur.

“Hehe. Online kejap.” Balas Iman.

Tanpa berlengah, Iman terus menghidupkan komputer ribanya dan sign in. ‘Hmm..takde pape pun. Tapi dah alang-alang bukak ni..nak buat apa ek? Hah..skype. Lupa pulak. Dah lama tak skype.’ Senyum.


‘Takde ape jugak. Bosan lah. Siapa aku nak kacau ni.’ Matanya laju dilarikan melihat rakan-rakan mayanya yang sedang online. Ada sesuatu yang mencuri pandang Iman.


syahhere. Status : Mann, hit me back please when you go online.

‘Aik, kenapa pulak ni? Hmm..’

manncoolio : Assalamualaikum.

Senyap tak berbalas. Lima minit kemudian,

manncoolio : Oi! Mimpi apa seru nama aku kat status ni? Tak pernah-pernah.

Senyap lagi. ‘Aik, tidur ke hape budak ni? Sibuk suruh aku pukul dia balik. Dia pulak yang entah ke mana. Ishh..’

syahhere : Uik! Waalaikumussalam. Sori dude. Aku jalan bilik sebelah kejap tadi. Release tension. Hehe.
manncoolio : Sokayy lah. So, ‘tsupp?
syahhere : Huh?
manncoolio : Ish budak ni. Blurr semedang. Tu..status kau tu? Mimpi apa seru nama aku? =.=
syahhere : Oh. Haha. Tade ape lah. Sorry.
manncoolio : Pulak dahh.
syahhere. Status : kota burung hantu. ;)
syahhere : Am sorry dude. Itu, kalau kau nak tau, status aku tiga hari lepas.
manncoolio : Lorhh..pe hal tiga hari lepas?
syahhere : Nothing. Forget it lah.
manncoolio : Kau ni kan. Bikin suspens je. Buang karen aku je lahh. Huhh.
syahhere : Lek bha. Jangan mare. Nanti kena jual. Kehkeh. Serius sorry ‘kay.
manncoolio : Buat risau aku je. Kau betul ke tarappappa ni?
syahhere : Yep. Nothing to worry lah. Thanks, btw. Sayang jugak kau kat aku ek? ;D
manncoolio : Perah-santan lebih! :P
syahhere : Lalala~ ‘kay lah. Ngantuk pulak. Esok dah lah kelas 8 to 5.
manncoolio : Rightio. Same here. Nite. Assalamualaikum.
syahhere : Waalaikumussalam w.b.t. Sorry and thanks. ;)
manncoolio : No biggie. Tc syah.
syahhere : Sure.

syahhere went offline.
manncoolio went offline.

hasil kerja si tangan kayu.

ehem. ceceh. konon je hasil kerja. padahal bidan terjun je pun. kehkehh.

hoyeahh, tadi pegi  kak didi punya wedding. punya laah daripada pukul lapan gerak. sampai sana baru lapan empat puluh. orang pun tak sampai lagi. disebabkan akak aku dah keluar aura segan silu dia, so aku tak boleh la nak ikut malu-malu kucen tu. aku buat selamber je. macam lah tu rumah aku kaann.

malas nak banyak cakap. aku tepek je la gamba yang aku suka.








 suka tengok warna dia, dekorasi dia. especially mr lampu. :)

er..gambar senget ke hape ke, itu yang original. no editing.

ps/ hari tu jumpa sorang kakak tudung labuh bawak dslr. lawa. suka tengok dia jugak.