kita memang selalu tak ada masa. tapi kita kena cari masa. masa tu Allah dah peruntukkan 24 jam sehari untuk semua orang. kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak? kalau orang lain boleh sacrifice, kenapa aku tak nak? peluang, kesempatan, MASA, semuanya sentiasa ada. kalau kau pandai carik. you. should realize that all you have to do, is to enjoy the pain. sweet pain. huh. lalui semuanya. semua orang boleh. kau pun boleh. just nak ke tak nak kan. masa is not the excuse. masa sentiasa ada. yang penting kau buat sesuatu. jangan tunggu je macam maat hidup. life must go on. tak kisah lah fast-paced ke slow-paced ke. YOU, must change insight.

lesson #?

Tuhan tak janji yang hidup ni mudah.

tapi, Tuhan janji Dia akan sentiasa bersama kita melalui kehidupan.

:)

sebagaimana tanggapan kamu terhada-Nya, maka begitulah Dia di sisi kamu.
bersangka baik dengan-Nya. Allah sentiasa dekat.

((malam ni ada travellog gaza. naaak sangat pergi. tapi disebabkan perbuatan sendiri, berkemungkinan besar, tak dapat pergi. :( memang ini takdir. tapi, takdir itu di hujung usaha. kalau kamu tak usaha, jangan salahkan takdir. kalau kamu tak tahu berjalan dengan betul, jangan kata tanah tak rata. faham?))

asal

how small. tiny.

“What is the matter with you, that ye are not conscious of Allah’s majesty.
Seeing that it is He that has created you in diverse stages"
(Quran 71: 13-14)

(( the last slide of yesterday embryology lecture. itu dulu kita. so, takde sebab nak sombong2, nak berlagak2. oke. )) 
-credit to dr AH
walaupun dah pandai berlari, kadang-kadang kita kena merangkak jugak, kan?
((just now, i was doing sth soooo laa macam budak tadika. melukis mewarna sth not related to the PPSP thingy. hahaa. tensi jugak tadi lukis kuali tak jadi jadi. but, thank God, finally, siap jugak.))



buka matamu. buka hatimu.

alhamdulillah. beberapa hari lepas dah habes baca [tunas] sambung pulak dengan aA+bB karya hlovate. macam biasa tulisannya tak pernah menghampakan.

Leiden : A memoir.         
aku tak reti tulis review. just wanna say that aku suka watak Aie. aku supersuka watak Benz selepas dia berubah.

Addin is keras kepala yet cute :)
Aie is gentle and sweet :)
Benz is annoying yet romantic :)
and, Doraemon is soo funny. haha.
Dora is err.. takyah lah bagitahu.

buku ini sangatsangat sweet terlebih gula plus madu. kalau anda suka cerita shweet shweet, i would suggest this one. :)

***

alhamdulillah, pagi tadi start baca Ked's Story dan malam tadi jugak habes baca. serius best :) tu je nak cakap.

***

apa yang saya dapat hasil pembacaan saya :
*oh, sekema gila, kan? haha. dah macam isi buku nilam je gayanya.

  I - dont judge people just based on their appearance. never look down at people. never belittle others as they might be as good as you, or even better.

II - no coupling before marriage. relationship must end with marriage. kalau sebelum kahwin lagi dah buat Allah murka, takut-takut lepas kahwin susah nak dapat bahagia.

III -  di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. tapi, walau kat mana kita berada, syariat jangan tinggal.

IV - semua orang sentiasa boleh berubah ke arah kebaikan. tinggal nak dengan taknak je.

V - kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita nak, Allah ambil apa yang kita sayang, semuanya bersebab. bukan saje-saje je. think positive. Allah tak pernah tinggalkan kita. senyum :)

VI - freinds are to valued. ladies are to be valued, as well. kalau kita nak yang baik, kita kena beri yang baik. give and take la bro. tapi, bila kita buat baik, kita tak boleh nak apply chemical equilibrium punye teori. reverse=forward reaction. erti hidup pada memberi. :)

mati itu pasti. hidup, dengan izin-Nya.

saat menerima khabar itu, aku tersentak.

iya lah. siapa duga, remaja yang lebih muda daripada aku telah dijemput Ilahi. mengejut.

aku percaya, itu yang terbaik untuknya. sebaik-baik perancangan adalah rancangan Allah.

kematiannya buat aku sedar. kita hidup atas dunia ni sebagai persinggahan je. untuk cari bekal secukupnya sebelum ke destinasi kita yang sebenarnya di akhirat kelak. manusia selalu lupa. aku manusia. aku selalu lupa. kadang-kadang terlalu leka dengan dunia, langsung lupa. jiwa ni pun agaknya dah berkarat diselaput penyakit wahn - cinta dunia dan takut mati.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : Orang yang paling bijak adalah mu'min yang paling mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapi kematian.
ajal maut di tangan Tuhan. setiap yang bernyawa pasti mati. kita pasti mati. cuma tempat dan ketikanya sahaja yang kita tak tahu.

maka, marilah kita sama-sama jadi orang yang bijak. hidup di dunia ni terlalu singkat kalau nak banding kat akhirat nanti.

aku nak cakap kat diri sendiri : syah, hang bawak-bawak lah bertaubat sebelum terlambat.

ps/ takziah buat keluarga arwah. al-Fatihah. moga beliau aman di sana. amin~

ceritera tanpa nama.

Jam menunjukkan tepat jam dua belas pagi.

“Uaaarghhh..” Letihnya. Daripada jam sembilan malam tadi kalut menyiapkan assignment. “Alhamdulillah, siap jugak akhirnya. Boleh lah aku tidur sekarang.” Sengih dikoyak.

“Kau taknak tidur lagi ke Shin?”


Geleng. “Nope. Sikit lagi tutorial ni. Kau tidur lah dulu. Aku stay up kot malam ni. Nak revise lecture notes lagi.”

“’Kay, then.” Iman menuju katilnya. Lampu bilik tidak ditutup. Memang dia sudah biasa tidur berterang. Sebabnya Iman selalunya tidur lebih awal berbanding Shin. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Iman menengadah siling. Kelihatan kipas berpusing. Iman mula memikirkan kembali apa yang telah berlaku sepanjang hari ni. Tiba-tiba dia teringat “Eh, hari ni belum check emel lagi.”

Iman bingkas bangun menuju meja belajarnya.


“Aik, kata nak tidur? Dreamwalking? “ Shin menegur.

“Hehe. Online kejap.” Balas Iman.

Tanpa berlengah, Iman terus menghidupkan komputer ribanya dan sign in. ‘Hmm..takde pape pun. Tapi dah alang-alang bukak ni..nak buat apa ek? Hah..skype. Lupa pulak. Dah lama tak skype.’ Senyum.


‘Takde ape jugak. Bosan lah. Siapa aku nak kacau ni.’ Matanya laju dilarikan melihat rakan-rakan mayanya yang sedang online. Ada sesuatu yang mencuri pandang Iman.


syahhere. Status : Mann, hit me back please when you go online.

‘Aik, kenapa pulak ni? Hmm..’

manncoolio : Assalamualaikum.

Senyap tak berbalas. Lima minit kemudian,

manncoolio : Oi! Mimpi apa seru nama aku kat status ni? Tak pernah-pernah.

Senyap lagi. ‘Aik, tidur ke hape budak ni? Sibuk suruh aku pukul dia balik. Dia pulak yang entah ke mana. Ishh..’

syahhere : Uik! Waalaikumussalam. Sori dude. Aku jalan bilik sebelah kejap tadi. Release tension. Hehe.
manncoolio : Sokayy lah. So, ‘tsupp?
syahhere : Huh?
manncoolio : Ish budak ni. Blurr semedang. Tu..status kau tu? Mimpi apa seru nama aku? =.=
syahhere : Oh. Haha. Tade ape lah. Sorry.
manncoolio : Pulak dahh.
syahhere. Status : kota burung hantu. ;)
syahhere : Am sorry dude. Itu, kalau kau nak tau, status aku tiga hari lepas.
manncoolio : Lorhh..pe hal tiga hari lepas?
syahhere : Nothing. Forget it lah.
manncoolio : Kau ni kan. Bikin suspens je. Buang karen aku je lahh. Huhh.
syahhere : Lek bha. Jangan mare. Nanti kena jual. Kehkeh. Serius sorry ‘kay.
manncoolio : Buat risau aku je. Kau betul ke tarappappa ni?
syahhere : Yep. Nothing to worry lah. Thanks, btw. Sayang jugak kau kat aku ek? ;D
manncoolio : Perah-santan lebih! :P
syahhere : Lalala~ ‘kay lah. Ngantuk pulak. Esok dah lah kelas 8 to 5.
manncoolio : Rightio. Same here. Nite. Assalamualaikum.
syahhere : Waalaikumussalam w.b.t. Sorry and thanks. ;)
manncoolio : No biggie. Tc syah.
syahhere : Sure.

syahhere went offline.
manncoolio went offline.

hasil kerja si tangan kayu.

ehem. ceceh. konon je hasil kerja. padahal bidan terjun je pun. kehkehh.

hoyeahh, tadi pegi  kak didi punya wedding. punya laah daripada pukul lapan gerak. sampai sana baru lapan empat puluh. orang pun tak sampai lagi. disebabkan akak aku dah keluar aura segan silu dia, so aku tak boleh la nak ikut malu-malu kucen tu. aku buat selamber je. macam lah tu rumah aku kaann.

malas nak banyak cakap. aku tepek je la gamba yang aku suka.








 suka tengok warna dia, dekorasi dia. especially mr lampu. :)

er..gambar senget ke hape ke, itu yang original. no editing.

ps/ hari tu jumpa sorang kakak tudung labuh bawak dslr. lawa. suka tengok dia jugak.

betullah aku dah jatuh cinta.

hoyeah. tadi pergi OU kejap gilaa kot. dalam 30 minit je. yeahh, itu pun semata-mata nak cari buku kat MPH-dua-tingkat dia. which is the best part of OU kot. kehkehh. betul-betul ulat.

and, finally jumpa jugak aA+bB. hohhh. penat carik tak jumpa-jumpa. sekali kat OU berlambak gilaa.

will be taking it's turn lepas [tunas] :D
buku ni salah satu buku dalam list aku. satu je jumpa. lagi tiga takdak. wuu~ ;(
sinergi memang takde langsung. contengan jalanan, ikut cakap komputer ajaib tu, tinggal lagi sebijik je. punya lahh aku cari dengan gigihnya satu per satu tahu! tapi tak jumpa ponn. *sigh

nak baca sangatsangatsangat :(
sampai ke sudah cari tak jumpa. habes dah aku selongkar rak jemari seni tu. last-last grab je Pelangi. sebab zaiti kata Ked's Story dalam tu adalah karya hlovate paling best bagi dia. :)

berbaloi je aku rasa beli buku ni walaupun belum baca lagi. heheh.

and, habes jugak lahh limapuluh hengget. tol je dah berapa. =.=

dan, baru sedar yang aku lebih banyak beli buku daripada beli baju. patutlah baju aku tak banyak. banyak perabes kat buku jekk. kehkehkehh.

random questions

salam.
oke, memang hobi aku jawab soalan random. so, bawah sini ada 50.
grabbed from run aziluz.

1. Grab the book nearest to you, turn to page 18, and find line 4.
"...diangkutnya dari pili air di belakang bangunan...."

2. Stretch your left arm out as far as you can, What can you touch?
langsir kat sliding door.

3. Before you started this survey, what were you doing?
baca emel, edit entri sebelum ni, kopipasta soalan-soalan ni daripada you-know-where.

4. What is the last thing you watched on TV?
iklan sekali lagi.

5. Without looking, guess what time it is
5.00 PM?

6. Now look at the clock. What is the actual time?
4.49 PM. duhh. jauh tuh =.=

7. With the exception of the computer, what can you hear?
bunyik tv. iklan apa tah. ada ninja serba hitam.

8. When did you last step outside? What were you doing?
tadi. sidai kain? hee.

9. Did you dream last night?
tak ingat. =.=

10. Do you remember your dreams?
naaaaah~


11. When did you last laugh?
kalau gelak sakan yang betul-betul gelak punya, errr malam semalam. yeah, gelak sorang. makruh tahu. isk.

12. Do you remember why / at what?
yes. baca tunas.

13. What is on the walls of the room you are in?
aku bukan dalam bilik.

14. Seen anything weird lately?
naaa~ *yawn

15. What do you think of this quiz?
pH7

16. What is the last film you saw?
valley of the wolves. tapi tak tengok sampai habes.


17. If you could live anywhere in the world, where would you live?
atas bukit.

18. If you became a multi-millionaire overnight, what would you buy?
bukubukubukubukubuku. ngee~

19. Tell me something about you that most people don't know.
aku psycho. pehh.

20. If you could change one thing about the world, regardless of guilt or politics, what would you do?
nak dunia aman damai. Islam tertegak. chewaa. no, serius. wujudkan balik khilafah yang hilang since 1924.

21. Do you like to dance?
nope. malassss. haha.

22. Would you ever consider living abroad?
no. never. nehi. nada. nil. kalau pegi jenjalan oke laa. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. chewaaalalaaa~

23. Does your name make any interesting anagrams?
anagrams tu jadah mende?

24. Who made the last incoming call on your phone?
ayah.

25. What is the last thing you downloaded onto your computer?
lagu. pwt's. kehkeh

26. Last time you swam in a pool?
tak pernah, percaya?

27. Type of music you like most?
apa-apa yang aku rasa seronok untuk didengar.

28. Type of music you dislike most?
lagu dengan melodi dan lirik yang entahhapehape. buat aku rasa nak menyumpah je.

29. Are you listening to music right now?
yes. lagu kat tempat aku grab this thing. hehe.

30. What color is your bedroom carpet?
hahaa. alas kaki depan toilet je ada. blueblack.

31. If you could change something about your home, without worry about expense or mess, what would you do?
nak banyak-banyak-banyak almari berpintu supaya boleh sumbat segala buku dan khazanah aku.

32. What was the last thing you bought?
aA+bB and Pelangi. books, again.

33. Have you ever ridden on a motorbike?
masa kecik.

34. Would you go bungee jumping or sky diving?
sounds interesting. tapi aku takde guts lah kott. wahaaa.

35. Do you have a garden?
mak aku ada.

36. Do you really know all the words to your national anthem?
yeap. rasanya lah.

37. What is the first thing you think of when you wake up in the morning?
sekarang pukul berapa?

38. If you could eat lunch with one famous person, who would it be?
tak payah pun takpe lahh.

39. Who sent the last text message you received?
ami. mesej yang sangat pelik. hantar dua kali pulak tu. hmmm

40. Which store would you choose to max out your credit card?
aku credit card pun tak pernah ada. huhh.

41. What time is bed time?
bila-bila aku sukaa. wee~

42. Have you ever been in a beauty pageant?
pekebendenye beauty pageant. duhh.


43. How many tattoos do you have?
none.

44. If you don't have any, have you ever thought of getting one?
big NO-NO. haihh.

45. What did you do for your last birthday?
tak ingat langsung oke. maybe pegi cari kek dan makan kek.

46. Do you carry a donor card?
takdak. blood donor card pun takdak. tak layak TT

47. Who was the last person you ate dinner with?
family lah kot. siapa lagi.

48. Is the glass half empty or half full?
half full bunyik best sikit.

49. What's the farthest-away place you've been?
perlis wehh. hahahh. semenanjung pun tak keluar.

50. When's the last time you ate a homegrown tomato?
tak pernah. aku rasa lah.

sakit bahu aku pikir nak jawab soalan-soalan ni. ada jugak yang tak paham. homaiii. bosan. =.=

UP.

*terkejut limapuluhenam saat bila TERpandang sebijik emel kat inbox tadi.

PROGRAM PENAJAAN PELAJAR PERUBATAN KE UNIVERSITI PERDANA

haaaahh?? blur seketika. Universiti Perdana tu wujud pun saya tak tahu. katak bawah tempurung kelapa sabut tua betul lah aku ni. 

setelah digugel, menggugel, dan tergugel, baaaru saya tahu~ *heksaited sekejap.*
rupa-rupanya, macam niii haa. 

alahai aku ni. kot kalau duduk dekat mesir ke jerman ke kutub utara ke, takpe lah jugak. dekat malaysia je ponn, tak tahu menahu jugak. serius terukk oke. =.= ini semua gara-gara takde minat tengok berita + baca surat khabar. 

baideweii, saya tak mahu setadi kat obersea. jadi, saya tak mohon lah yang UP-RCSI ni. terima kasih encik jpa sebab hantar emel kat saya.  

gua baru lepas baca balik emel tu tadi. dan wa rasa, offer ni bukan untuk setadi obersea. setadi kat private IPT dengan kerjsama with med school obersea, maybe. haihh. tak paham sangat. tapi, bole mohon sampai 4July je. gua masih tunggu UPU nihh. tak mahu keluar-keluar =.= maka, tak boleh lah mohon. bukan rezeki saya kat situ harap-harap ada rezeki dekat UPUku-sayang-intan-payung-emas-silver-segala-bagai. amin~

ps/ apsal kejap gua kejap aku kejap saya. tak penting.

delayyy

yeay! alhamdulillah. nampaknya aku akan men-delay reactivate facebook account. maybe sampai bulan sembilan nanti. sebab pasal baju tu dah hampir selesai kot. thanks to sabrena sebab post advertisement tu kat siniii ha. :) lovelove enaa. heheee~

and, yeahh, for those yang lahir tahun monyet 1992, sila-sila lah rajen tekan siniii haaaa.

we born, we grow, we fly, we succeed :) ilém

ada dua designs from Khatak's Design. dan ini yang saya pilih. kalerpul. hikhik. *gelakgediksambiltutupmulutdanpandangbawah. [ohh sangatlah macam nak mintak penampar sedas kann. heh.]

ps/ perghhh punya lah semangat hapdet belogg. hari ni je dah empat kot. ke lima? tak terkira. puii.

i love them. they aren't mine, though. sobs ;(

ngaaaa~ sangat jarang tahu aku suka benda-benda gadgets and gizmos, including cameras, photographies etc etc. tapi, this little cutie caught my attention.

fisheye. kinda interesting :)

si empat mata
Diana
oktomat lapan mata. sukaa :)

maybe certain people interested dengan rupa kamera ni yang unik. kiut. miut. blablabla. lagi-lagi ada pulak sarung yang buat makhluk ni nampak terlebih melebih cute and unique. macam ni:


cute and coolio. haha
very soo girlish. heee
tapi, it is more than meet the eyes. haha. ada kena mengena kah tu? lalala~ 
the best part about lomography is the effects on the photos produced. 

four lenses. loike! :D
beautiful, yes? ;)
nice, ^^
fisheye. cantik kannn.



wahaaaa~ sangatsangatsangat suka gambar-gambar itu. and, sefaham aku, kita boleh sumbat kamera dengan macam-macam jenis warna filem. boleh adjust lighting ke hape ke. aku pun tak tahu sangat pasal lomography ni. pasal aku pun tak punya walau sebiji makhluk kiutmute ini. kehkeh.


kepada taiko lomo, wa mintak maaf la kalau wa cakap benda salah kat atas nu haa.


ps/ gambar-gambar di atas ni semuanya ehsan google. dari blog hentahsapesapehentah kann. thx and sorry. (Y)

farewell facebook for few feeks. eh weeks.

wishing that i'm not soo into this thing. duhh =.=
just deactivated my facebook account for about 24 hours ago. TERPAKSA okay. the best thing to do right now. sebab dah terlalu banya melagha kat situ. better pencen sekejap. kalau boleh nak deactivate terus sampai bila-bila tapi sayang contacts dalam tu. kalau boleh nak deactivate sampai bulan sembilan nanti. tapi belum order T WR92. so, maybe deactivate for two weeks je kot.

Allah, kuatkan lah hamba-Mu ini. peliharalah aku daripada hawa nafsu aku sendiri.

a lonely july, if it ever comes.

I'm sittin' here all by myself
just tryin' to think of something to do
Tryin' to think of something, anything
just to keep me from thinking of you
But you know it's not working out
'cause you're all that's on my mind
One thought of you is all it takes
to leave the rest of the world behind

Well I didn't mean for this to go as far as it did
And I didn't mean to get so close and share what we did
And I didn't mean to fall in love, but I did
And you didn't mean to love me back, but I know you did

I'm sittin' here tryin' to convince myself
that you're not the one for me
But the more I think, the less I believe it
and the more I want you here with me
You know the holidays are coming up
I don't want to spend them alone
Memories of the time with you
will just kill me if I'm on my own

I know it's not the smartest thing to do
we just can't seem to get it right
But what I wouldn't give to have one more chance tonight
One more chance tonight

I'm sittin' here tryin' to entertain myself with this old guitar
But with all my inspiration gone it's not getting me very far
I look around my room and everything I see reminds me of you
Oh please, baby won't you take my hand
 we've got nothing left to prove

 And I didn't mean to meet you then
we were just kids
 And I didn't mean to fall in love, but I did
And you didn't mean to love me back but I know you did
Don't say you didn't love me back 'cause you know you did
No, you didn't mean to love me back
 But you did.

tiada yang terlepas.

assalamualaikum w.b.t.


selalunya, kita fikir hanya kegagalan itu ujian. sebaliknya kejayaan itu bukan ujian. mudah.


tapi..

pada aku lah kann, kejayaan dan kegagalan walaupun bertentangan dari segi definisinya, tetapi tetap sama - kedua-duanya merupakan ujian. bukan mudah.

tak percaya? takpe.

apabila seseorang itu gagal, memang nampak sangat dia sedang diuji. supaya sabar, tabah, teruskan berusaha dan berdoa, jangan putus harapan pada Dia.

tapi kalau sudah berjaya, bagaimana? di mana ujian-Nya?

begini.

apabila berjaya. adakah anda bersyukur? apakah anda fikir anda berjaya kerana Allah mahukan anda berjaya. atau anda fikir (aku berjaya sebab aku bertungkus lumus. atas usaha aku sendiri)? tidakkah terdetik di hati anda sedikit rasa bangga? tidakkah anda rasa anda hebat? ish3.

baiklah. sudah-sudahlah dengan soalan.

sebenarnya. pada aku.

apabila berjaya, seseorang itu sebenarnya sedang diuji dengan nikmat. supaya dia mampu mengingati Allah walau dalam keadaan senang. supaya tidak dijangkiti penyakit hati seperti riak, takbur, bongkak dan yang sewaktu dengannya. supaya dia sedar dia berjaya setelah usaha dan paling penting atas kehendak-Nya! juga supaya dia tidak kufur nikmat.

bukan semua nikmat itu kebaikan di sisi-Nya dan bukan semua musibah itu keburukan di sisi-Nya. Dia maha mengetahui.

teringat satu kisah. yang dikhabarkan oleh seorang sahabat.

di sebuah kampung, terdapat dua orang pemuda yang berkehendakkan seekor ikan. maka kedua-dua mereka itu pun pergi lah ke pekan.

pemuda A seorang yang taat beribadah. pemuda B seorang yang sering melakukan maksiat.

tiba di pekan, pemuada A yang saleh gagal mendapatkan seekor ikan. manakala pemuda B yang ingkar berjaya mendapatkan ikan tersebut.

pulanglah mereka.

daripada kisah ini. mulanya kita akan fikir (mengapa yang baik tak dapat apa yang dia mahu. kenapa yang kurang baik itu pula yang dapat?)

sebenarnya..

pemuda A pernah melakukan satu kesalahan. maka, Allah telah mengampunkannya dengan tidak memberikannya rezeki itu.

pemuda B pula pernah melakukan satu kebaikan. maka, Allah telah membayar kebaikan itu dengan rezeki tersebut.

sesungguhnya Allah juga yang Maha Mengetahui.

moral of the story, janganlah kita sedih kalau tak dapat yang kita impikan. cuba untuk redha. dan janganlah riak apabila berjaya. siapa tahu, entah-entah situasi kita sama seperti pemuda B? nauzubillah.

dan, bukankah mereka yang diuji lebih itu tandanya disayang lebih? ;)

kita tidak diberi kuasa untuk membuat pilihan - kejayaan versus kegagalan.

tapi...kita masih ada pilihan untuk menghadapinya - dengan senyuman versus dengan keluh-kesah.

((tapi, jangan pula takdir dijadikan alasan untuk bermalas-malasan. takdir itu di hujung usaha.))

percayalah. setiap yang berlaku tidak sia-sia. yakin pada-Nya. tabahlah wahai hati. tetaplah tersenyum. :)

ps : idea di ambil here and there. terima kasih.

wassalam.

saya kini penganggur tegar yang tidak menanam anggur tetapi...

assalamualaikum wbt.

Blog aku ni macam dah tak bernyawa dah. Berhabuk. Bersawang. Berkarat. Bereput. Ber Ber Ber segala Ber lah. Bukan taknak update tapi asyik bertangguh. Sudahnya tak terupdate. Haihh..ape la aku membebel ni. Fullstop!

Sepatutnya, aku sekarang tengah sibuk mengangkat buku, menyusun buku, mengelap apa yang patut, atau mungkin berada di kaunter. Senang kata, sepatutnya sekarang ni aku tengah sibuk BEKERJA. atau sekurang-kurangnya MENCARI KERJA.

Tapi, masih di sini. Dalam rumah. Depan laptop. terperuk. tak buat apa-apa yang sepatutnya. otak pun da naik blurblurkelabuasap je ni. kepala pun da rasa berat naik berkilokilo sebab banyak sangat chillax. penyakit malas lagi lahh jangan cakap.

nota kepada diri sendiri la,
jaga solat. jaga makan. jaga tidur. jaga mandi. jaga itu. jaga ini.
sebab sebenarnya, bila terlalu SENGGANG, diri terdorong untuk mengabaikan.
bila sibuk, pandai pulak nak jaga. tak pulak terabai. PELIK.

mungkin ini lah akibat daripada mengambil kesempatan daripada kesenangan. MANUSIA. bila susah, pandai pulak nak usaha. bila senang, mula lah lupa diri, lupa daratan, lupa lautan, dan segala jenis lupa.

dan, BOSAN. bosan boleh jadi perkara yang paling merbahaya dalam hidup. aku tahu, aku tak sepatutnya rasa bosan. sepatutnya, ya SEPATUTNYA, setiap waktu, setiap saat, setiap detik, hati aku TAK BOLEH kosong. sebab Dia kan ada. tapi.....aaarghh.

sudah lah. aku tak mahu mengeluh aku tak mahu merintih. aku tak mahu merengek. aku tak mahu merungut. aku mesti KUAT! ganbatte ne!


Nak terbang. boleh?


ps : manusia memang macam ni selalu kan. apa yang ada jarang disyukuri. apa yang tiada sering dirisaukan. bila sekolah, nak cuti. bila cuti, nak sekolah. haihh. se pun tak paham lahh.

USM iv

Based on my experience,
 there are 3 sessions:

Sesi pertama :
-dalam bahasa melayu.
latar belakang?
mengapa medik?
mengapa usm?
kriteria seorang medical student?

Second session :
- in english.
period of this course?
subjects you might learn?
*they will pick one of the subjects you mentioned and ask about it.
example: microbiology/parasitology:
difference between microbes and parasites?
examples?
how does the parasite get into host?
how they reproduce?
how they survive?
how to avoid?
etc etc.
be well-prepared.

Sesi ketiga :
-choose, either bm or english.
situation question.
problem solving.

after iv, have to fill up "Borang Kaji Selidik" kalau tak salah nama dia.

then, DONE.

just be well-prepared. :)

ps: kalau dentistry kena bend wire sekali tau.

PASUM dan segala isinya, gonna miss you soon.

assalam.
blog ini dibuka sempena tamatnya pengajian saya di pusat asasi sains universiti malaya.
setahun terasa sangat singkat.

beranda mates - C3XX
classmates - P2
DKU mates
lecturers
tutors
demonstrators
pasum complex
12th

gonna miss all of 'em soon.
:')

life in here:
it's tough. but dont worry dear juniors, you'll get used to the system. :)
some people may treat it as "no life". but it's ok. absolutely. just for a year.

people here:
terlalu berbagai ragam. berbagai jenis. you'll learn a lot!

it has tought me soo many things. more than the lecture notes.

thanks everyone, for the memories.

and thanks to HIM for i was in PASUM.
was an asasian.

ps : bahasa inggeris dah berterabur. xD