bawalah hati dan cintamu walau ke mana kamu pergi, itu pun kalau kamu punya hati dan cinta.

bismillah
alhamdulillah, selesai sudah ujian kecekapan kelas khat.
alhamdulillah, dapat siapkan dalam tempoh masa yg ditetapkan.
alhamdulillah, saya sedar sesuatu. walaupun saya sangat ego untuk mengaku.

allah, aku membaca tetapi tidak membaca.
membaca tapi tanpa hati dan perasaan.
astaghfirullah~
jujurnya, sangat sedih saat tersedar.
kehilangan satu perkataan tu buat aku sedar bahawa hati aku lesu. SANGAT!

astaghfirullah..kesalahan dalam menulis kalamullah. walaupun dah baca banyak kali. dah check banyak kali, langsung tak perasan. astaghfirullah. O Allah, grant me a heart :'(

4 November 2012 , 19 Zulhijjah 1433

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ni hari yang panjang.
Alhamdulillah, siapa sangka, dalam banyak2 minit yang ada dalam hari ni, beberapa minit yang lalu dah jadi satu PUNCHLINE ek orang kata? atau KLIMAKS untuk hari ni.

Hari-hari memikirkan benda yang sama, dok buat benda yang sama, sampai hati dan akal jadi lesu -___-

Tapi tapi tapi..segala puji bagi Allah, hari ni diizinkan jugak pergi usrah walaupun clash dengan briefing. Walaupun datang sekejap sangat (orang dah habis bagi pengisian). Kami sempat taaruf je dan buat sikit muhasabah. Tapi ada sesuatu yang mencelikkan mata.

(Semasa sesi taaruf)

Nama saya ....... course ........ asal ......
Err....hari ni saya datang usrah bawak..err..serius ke nak tau ni? *sambil selongkar beg* hmm..bawak telekung, buku, alat tulis.. erm, tu je kut.


Sampai turn seorang sahabat,

Nama ....... course ..... asal .......
Datang sini bawa diri dan hati ..... memang ada bawak barang2 lain yang org nampak tapi orang tak nampak kita bawa hati ke sini.
Sangat terasa apabila Kak sebut "most people, they react, but they do not respond"

*saya terkesima. sempitnya fikiran saya. lesunya hati saya :'(*

ps : sanah helwah kak fika :)