when you want to sigh, but you have to smile, just smile :)

apabila masalah datang bertimpa-timpa. sedang peperiksaan akhir semakin hampir. buat pertama kali aku tak boleh tidur dan rasa serabut sangat-sangat. serius semalam kepala aku memang pening asyik terfikir perkara yang lepas. Ya Allaah..ini baru sedikit. tabahkan hati hamba-Mu ini, permudahkanlah segala-galanya. jangan kau biarkan kami menentukan takdir kami sendiri biarpun hanya untuk sesaat. amin...

ps: tumpang gembira dgn kejayaan abang-abang dan kakak-kakak senior yang alhamdulillah, kini dah bergelar doktor. baru sahaja menamatkan pengajian. seronoknya depa. :) students lain mostly dah habis final exam. nampak ramai parents datang amek anak, pegi stesen bas semalam pun ramai gila orang nak balik dah. kami di sini, insyaAllah akan teruskan perjuangan. semoga Allah redha.

i need You forever.

In the name of Allah, the most gracious, the most merciful.

For now, and the next few years, study is always my priority.

-this is something what I'm telling myself after what I've gone through for the recent few days. 

O Allah, guide me, and give me all the strength I need.

Seek knowledge for the sake of Allah's redha, insyaAllah.
Be a doctor for ummah, a good one, insyaAllah.
Never let other people or the surroundings bring you down. You know, you always have Allah to rely on.
Allah's decision is always the best. Trust Him more than anything. Love Him more than anything.

second chance

salam alayk.

entri kali ini agak berbaur hemosi
sikit la, siket je, tak banyak
kerana hal ini perihal hati
-hati manusia
yang dipegang oleh Dia

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

biasalah, hati manuia sentiasa berbolak-balik.
macam hati aku juga. hehe

kau pernah tak, rasa seperti diberi peluang kedua?
alah, macam mana nak perincikan ni.
hmmmmmm...

macam ni lah, aku pernah tak suka seseorang ni
kemudian, aku fikir-fikir semula,
dan dinasihati pula oleh seorang sahabat supaya membuang itu perasaan jauh-jauh
dan, aku pun tahu, sangat tidak wajar membenci seseorang
benci perbuatan je dah lah kannn.
makanya, kini saya telah membuat keputusan untuk memaafkan beliau,
dan terus melangkah tanpa mempedulikan beliau dan benci itu lagi.
walaupun beliau merupakan batch-mate saya, dan desa-mate juga, maka selalu akan bertembung dan sebagainya, saya HARUS mengajar hati saya untuk tidak membenci.
dan tadi, betul-betul menguji saya...
beliau jalan di belakang saya dan saya dengar suara beliau, lepas tu naik lif pun sekali, hailaaaa..saya bukan nak kata apa, tapi saya masih rasa tak suka pada beliau.
TAPI SAYA AKAN CUBA UNTUK KURANGKAN RASA ITU DAN AKHIRNYA BUANG RASA ITU.
jyeahhh..sila doakan saya berjaya. >_______<

oh ya, kesinambungan daripada itu,
saya terasa seperti hati saya diketuk oleh Dia
untuk kembali menyucikan hati
ecece

orang kata, bukan selalu peuang kedua tu nak datang
dan, kalau Dia dah ketuk pintu hati tu, jgn buat tak tahu je.
kena geraaabb. huehue


pintu hati diketuk sekali lagi
"jemputlah masuk :)"
 

rapuh


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri-Mu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada-Mu