![]() |
| jangan pernah putus harapan. sebab Allah kan ada ;) |
masa berlalu tapi saya tiada update.
sering kebuntuan.
Salam alayk, selamat datang, Rejab :)
pejam celik beberapa kali, dah masuk Rejab
pantasnya masa berlalu
semput gua nak kejar 'dia' yang dah pecut meninggalkan gua terkapai-kapai
ibarat layang-layang hampir putus talinya.
tapi tak mengapa, akan kucuba sehabis mampuku.
niat di hati mahu mencoret rasa hati
dalam sebuah diari
tapi baru kusedari
aku mana ada diari
-_________-
Straight to the point,
begini kisahnya,
kau pernah tak rasa kadang-kadang apa yang kau dapat tu sebenarnya kau tak layak pun untuk dapatkan?
tapi, disebabkan itu memang rezeki kau, maka kau pun terimalah dengan hati terbuka.
*dalam situasi ni, kena terima jugak tak kira apa pun yang kau rasa*
contohnya kau belajar pun malas-malas, tuptup lulus cemerlang A+++.
lagi, pernah tak kau rasa orang lain [baca:kawan kau sendiri] sebenarnya lebih layak untuk dapatkan apa yang kau dah dapat tu?
tapi, disebabkan rezeki dia masih belum sampai, maka dia pun tak dapatlah pada ketika itu.
contohnya, kawan kau ni rajin gegile baban setadi, kau pulak asyik main je.
keluar result exam, kau A+, kawan kau yang rajin tahap apatah tu luluiih pun idak?
aku pernah rasa
cuma situasinya agak berbeza
aku nak sangat tolong dia
tapi tak mampu lakukan banyak
hanya mampu doakan sahaja setakat ni
kau tahu tak, setiap kali pun aku akan rasa bersalah
sebab tak usaha sungguh-sungguh
lepas tu Tuhan bagi rezeki melimpah ruah
lepas tu tak sedarkan diri
lepas tu ulang lagi kesilapan yang sama
lagi dan lagi dan lagi
sekarang, tinggal 50 hari je lagi
dan aku tiba-tiba berharap wujudnya mesin masa
untuk aku pulang ke 2 minggu lepas
untuk aku lakukan permulaan yang baik
tapi tak mengapa, esok masih ada dengan izin Tuhan
akan kucuba menjadikan esok sebagai satu titik mula yang BENAR-BENAR memberi impak kepada kehidupan aku di sini dan di sana [baca:akhirat] nanti.
aku benar-benar berharap, semua pelajar MedDen khususnya, terutamanya muslim lulus cemerlang dalam Peperiksaan Ikhtisas 1 nanti. amin~
gua nak berjaya, tapi gua taknak berjaya sorang-sorang beb.
