tiada yang terlepas.

assalamualaikum w.b.t.


selalunya, kita fikir hanya kegagalan itu ujian. sebaliknya kejayaan itu bukan ujian. mudah.


tapi..

pada aku lah kann, kejayaan dan kegagalan walaupun bertentangan dari segi definisinya, tetapi tetap sama - kedua-duanya merupakan ujian. bukan mudah.

tak percaya? takpe.

apabila seseorang itu gagal, memang nampak sangat dia sedang diuji. supaya sabar, tabah, teruskan berusaha dan berdoa, jangan putus harapan pada Dia.

tapi kalau sudah berjaya, bagaimana? di mana ujian-Nya?

begini.

apabila berjaya. adakah anda bersyukur? apakah anda fikir anda berjaya kerana Allah mahukan anda berjaya. atau anda fikir (aku berjaya sebab aku bertungkus lumus. atas usaha aku sendiri)? tidakkah terdetik di hati anda sedikit rasa bangga? tidakkah anda rasa anda hebat? ish3.

baiklah. sudah-sudahlah dengan soalan.

sebenarnya. pada aku.

apabila berjaya, seseorang itu sebenarnya sedang diuji dengan nikmat. supaya dia mampu mengingati Allah walau dalam keadaan senang. supaya tidak dijangkiti penyakit hati seperti riak, takbur, bongkak dan yang sewaktu dengannya. supaya dia sedar dia berjaya setelah usaha dan paling penting atas kehendak-Nya! juga supaya dia tidak kufur nikmat.

bukan semua nikmat itu kebaikan di sisi-Nya dan bukan semua musibah itu keburukan di sisi-Nya. Dia maha mengetahui.

teringat satu kisah. yang dikhabarkan oleh seorang sahabat.

di sebuah kampung, terdapat dua orang pemuda yang berkehendakkan seekor ikan. maka kedua-dua mereka itu pun pergi lah ke pekan.

pemuda A seorang yang taat beribadah. pemuda B seorang yang sering melakukan maksiat.

tiba di pekan, pemuada A yang saleh gagal mendapatkan seekor ikan. manakala pemuda B yang ingkar berjaya mendapatkan ikan tersebut.

pulanglah mereka.

daripada kisah ini. mulanya kita akan fikir (mengapa yang baik tak dapat apa yang dia mahu. kenapa yang kurang baik itu pula yang dapat?)

sebenarnya..

pemuda A pernah melakukan satu kesalahan. maka, Allah telah mengampunkannya dengan tidak memberikannya rezeki itu.

pemuda B pula pernah melakukan satu kebaikan. maka, Allah telah membayar kebaikan itu dengan rezeki tersebut.

sesungguhnya Allah juga yang Maha Mengetahui.

moral of the story, janganlah kita sedih kalau tak dapat yang kita impikan. cuba untuk redha. dan janganlah riak apabila berjaya. siapa tahu, entah-entah situasi kita sama seperti pemuda B? nauzubillah.

dan, bukankah mereka yang diuji lebih itu tandanya disayang lebih? ;)

kita tidak diberi kuasa untuk membuat pilihan - kejayaan versus kegagalan.

tapi...kita masih ada pilihan untuk menghadapinya - dengan senyuman versus dengan keluh-kesah.

((tapi, jangan pula takdir dijadikan alasan untuk bermalas-malasan. takdir itu di hujung usaha.))

percayalah. setiap yang berlaku tidak sia-sia. yakin pada-Nya. tabahlah wahai hati. tetaplah tersenyum. :)

ps : idea di ambil here and there. terima kasih.

wassalam.

saya kini penganggur tegar yang tidak menanam anggur tetapi...

assalamualaikum wbt.

Blog aku ni macam dah tak bernyawa dah. Berhabuk. Bersawang. Berkarat. Bereput. Ber Ber Ber segala Ber lah. Bukan taknak update tapi asyik bertangguh. Sudahnya tak terupdate. Haihh..ape la aku membebel ni. Fullstop!

Sepatutnya, aku sekarang tengah sibuk mengangkat buku, menyusun buku, mengelap apa yang patut, atau mungkin berada di kaunter. Senang kata, sepatutnya sekarang ni aku tengah sibuk BEKERJA. atau sekurang-kurangnya MENCARI KERJA.

Tapi, masih di sini. Dalam rumah. Depan laptop. terperuk. tak buat apa-apa yang sepatutnya. otak pun da naik blurblurkelabuasap je ni. kepala pun da rasa berat naik berkilokilo sebab banyak sangat chillax. penyakit malas lagi lahh jangan cakap.

nota kepada diri sendiri la,
jaga solat. jaga makan. jaga tidur. jaga mandi. jaga itu. jaga ini.
sebab sebenarnya, bila terlalu SENGGANG, diri terdorong untuk mengabaikan.
bila sibuk, pandai pulak nak jaga. tak pulak terabai. PELIK.

mungkin ini lah akibat daripada mengambil kesempatan daripada kesenangan. MANUSIA. bila susah, pandai pulak nak usaha. bila senang, mula lah lupa diri, lupa daratan, lupa lautan, dan segala jenis lupa.

dan, BOSAN. bosan boleh jadi perkara yang paling merbahaya dalam hidup. aku tahu, aku tak sepatutnya rasa bosan. sepatutnya, ya SEPATUTNYA, setiap waktu, setiap saat, setiap detik, hati aku TAK BOLEH kosong. sebab Dia kan ada. tapi.....aaarghh.

sudah lah. aku tak mahu mengeluh aku tak mahu merintih. aku tak mahu merengek. aku tak mahu merungut. aku mesti KUAT! ganbatte ne!


Nak terbang. boleh?


ps : manusia memang macam ni selalu kan. apa yang ada jarang disyukuri. apa yang tiada sering dirisaukan. bila sekolah, nak cuti. bila cuti, nak sekolah. haihh. se pun tak paham lahh.